"seseorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,tidak putus-putus mengingati Allah,berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.Apabila ia berbicara,ia berbicara dengan Allah."

Friday, December 18, 2009

HIJRAH

Alhamdullilah,bermulalah tahun baru dalam Islam. Kesempatan ini sama-samalah kita berazam pada diri kita untuk satu perubahan.satu perubahan yang bermakna dalam hidup kita,satu perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik,perubahan dari yang x baik kepada yang baik.kebetulan juga se hari lagi umurku 21 tahun.selama 20 tahun ni apa yang aku telah buat untuk Islam ye?

Bila sebut azam ni,ia sangat berkait rapat dengan hijrah.Persoalan “Hijrah”bertambah hebat diperkatakan di kalangan muslimin khususnya kepada muslimin yang membawa visi Islam yang bermatlamat untuk mengekalkan ketinggian Agama Islam.lebih2 lagi kita sekarang ni berada di alaf baru yang penuh dengan mehnah dan tribulasinya,yang sangat banyak cabaran dan rintangannya.Walaupun sebesarmana cabaran di alaf baru ini namun ia mampu ditangani dengan berpandukan kepada pengajaran hijrah yang telah diuji keberkesanannya.

Hijrah kepada mempertingkatkan usaha jihad dan memperbetulkan niat kepada Allah adalah dua senjata yang paling berkesan dalam menangani sebarang cabaran di alaf bari ini.Jihad dan niat adalah dua kalimat asasi yang dilafazkan oleh Rasullullah sabagai peninggalan yang sangat bermakna kepada umatnya untuk dihayati dan direalisasikan demi untuk menjamin pengekalan kualiti Islam,kualiti penganutnya dan kualiti dalam penghayatannya.Jihad dan niat inilah adalah diantara intipati dari kejayaan hijrah Rasulullah SAW. Hakikatnya,jihad dan niat yang baik dalam memikul amanah Islam ini amat mempengaruhi kekuatan dan kualiti ummah . oleh itu sama2lah kita memahami & menghayati apakah rahsia yang terkandung di sebalik sejarah hijrah Rasulullah SAW.



Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Suara Al-Firdaus
Umat Islam Sentiasa Boleh
p/s:
1) sama2lah kita menghayati sirah rasulullah SAW
2) kesempatan ini,tanamkanlah azam baru dalam diri kita
Read rest of entry

Thursday, December 10, 2009

UKHWAH



"Ukhwah"kalimah ini sering bermain2 di bibir kita.apakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan ukhwah??tanya diri kita sendiri.Setakat manakah kefahaman kita terhadap kalimah 'ukhwah".Di sini ana ingin menghadiahkan beberapa rangkap pantun yang tak seberapa untuk sahabat2.





Hitamnya gagak di pinggir sawah,


kota merlin tumbuhnya melati,


keikhlasan tunggak jalinan ukhwah,


ikatan terjalin mekar di hati.





Busana mewah disinari hiasan,


tumbuh cengkih di tengah kota,


jalinan ukhwah sesama insan,


membunga kasih mengelak sengketa.





Mekar melur dipinggir pusaran,


menyusun madah diterangi bulan,


persahabatan di hulur tanpa ukuran,


sifat mahmudah jadi amalan.





Cempaka rendah hiasi detik,


tegak seraya di tengah pekan,


manis madah ceria berputik,


sinarkah cahaya gerangan pancarkan?





pengajaran:Ukhwah dalam erti kata sebenar akan terjalin apabila bermatlamatkan redha Allah SWT serta diiringi keikhlasan dan kepercayaan.Apabila kita memahami kalimah ini, kita akan sedar betapa pentingnya ukhwah itu seterusnya ia akan melahirkan kasih sayang sesama kita kerana Allah SWT.
Read rest of entry

Wednesday, December 2, 2009

ANUGERAH ALLAH



Hari ni cuaca mendung..macam nak hujan je.Beberapa hari ni hujan tak henti2 turun membasahi bumi.Tumbuhan2 hijau riang kegembiraan setelah sekian lama berbumbungkan sang mentari,burung berkicauan memuji Yang Maha Esa kerana dapat bersama keluarga setelah sekian lama merantau di alam yang luas ini untuk mencari rezeki ,sungai dan laut memuntahkan isinya kerana tidak dapat menanggung muatan yang berlebihan.itulah kehidupan yang sudah ditetapkan Yang Maha Kuasa,silih berganti.





"hujan lagi,x kering baju kita.terpaksa jemur dalam bilik".itulah kata2 yang sering keluar dari lisan manusia yang x tahu bersyukur.cuba kita tanya balik diri kita pada siapa kita merungut?kepada siapa kita tidak puas hati?"tanpa kita sedari kita telah tujukan rungutan kita kepada Allah dan tidak puas hati kepada ketentuanNya.Sepatutnya kita mengucapkan kalimah2 yang manis,yang baik dan elok."Alhamdullilah,di atas kurniaanMu Ya Allah".itulah kata2 yang sepatutnya keluar dari lisan seorang hamba dan khalifah.





Allah berfirman:
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
~Surah Al- Baqarah, Ayat 22~





pengajaran:


1)hujan sebagai sumber rezeki kepada makhluknya


2)bersyukurlah dengan nikmat Allah kerana tanpa hujan kita xkan ada sumber air





Allah menurunkan hujan
Dari awan-awan milik Allah
Karena mahluk Allah lainnya memerlukan air
Sebagai sumber kehidupan

Jika kemarau panjang tiba
Tanah menjadi kering dan retak
Tanaman pun menjadi layu
Semua mahluk Allah memerlukan air

Lihatlah awan itu
Terlihat putih seperti kapas di langit
Lalu kemudian berubah mendung
Pertanda hujan akan segera tiba

Lalu kemudian hujan turun
Semua menjadi basah
Kodok pun bernyanyi
Daun-daun kembali menghijau

Bunga-bunga berseri lagi
Sawah ladang tidak lagi kekeringan
Pohon-pohon berbuah
Semut pun bergembira

Perhatikanlah,
Hujan adalah salah satu anugerah Allah
Sebagai sumber kehidupan
Bagi mahluk ciptaan Allah

Allah berfirman:
“Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwasanya Kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya makan hewan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?”
(QS As-Sadjah : 27
p/s:janganlah kita selalu merungut tapi bersyukurlah dengan anugerah yang Allah turunkan.Tanpa sumber air manusia tidak dapat meneruskan kehidupan.
Read rest of entry

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI





Mujahidah sejati
intan permata mutiara mahkota
seindah pelangi di cakerwala
menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
engkaulah serikandi pembela agama
peribadi solehah hiasan diri
subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati
akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
hidupnya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
berbekal Al-Quran dan as-Sunnah
bersulam pengorbanan
bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
terus subur mekar mewangi
seindah suria menerangi bumi
harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
nilainya sama di sisi Tuhan
cuma ibadah yang membezakan
wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
kerana ia membahaya
jangan dibiarkan ia bertakhta
dalam diri dengan dosa-dosa




p/s:kepada sahabat2 sama-samalah kita mengejar cinta Allah kerana cinta Allahlah yang hakiki




Read rest of entry
 

About Me

"carilah kemanisan dalam perjuangan.perjuangan mengejar cinta dari Tuhan.Mehnah mendatang itulah ujian,jangan tersungkur walau terbeban,bawa hatimu kepada Tuhan,disana menanti syurga idaman."