"seseorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,tidak putus-putus mengingati Allah,berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.Apabila ia berbicara,ia berbicara dengan Allah."

Friday, December 18, 2009

HIJRAH

Alhamdullilah,bermulalah tahun baru dalam Islam. Kesempatan ini sama-samalah kita berazam pada diri kita untuk satu perubahan.satu perubahan yang bermakna dalam hidup kita,satu perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik,perubahan dari yang x baik kepada yang baik.kebetulan juga se hari lagi umurku 21 tahun.selama 20 tahun ni apa yang aku telah buat untuk Islam ye?

Bila sebut azam ni,ia sangat berkait rapat dengan hijrah.Persoalan “Hijrah”bertambah hebat diperkatakan di kalangan muslimin khususnya kepada muslimin yang membawa visi Islam yang bermatlamat untuk mengekalkan ketinggian Agama Islam.lebih2 lagi kita sekarang ni berada di alaf baru yang penuh dengan mehnah dan tribulasinya,yang sangat banyak cabaran dan rintangannya.Walaupun sebesarmana cabaran di alaf baru ini namun ia mampu ditangani dengan berpandukan kepada pengajaran hijrah yang telah diuji keberkesanannya.

Hijrah kepada mempertingkatkan usaha jihad dan memperbetulkan niat kepada Allah adalah dua senjata yang paling berkesan dalam menangani sebarang cabaran di alaf bari ini.Jihad dan niat adalah dua kalimat asasi yang dilafazkan oleh Rasullullah sabagai peninggalan yang sangat bermakna kepada umatnya untuk dihayati dan direalisasikan demi untuk menjamin pengekalan kualiti Islam,kualiti penganutnya dan kualiti dalam penghayatannya.Jihad dan niat inilah adalah diantara intipati dari kejayaan hijrah Rasulullah SAW. Hakikatnya,jihad dan niat yang baik dalam memikul amanah Islam ini amat mempengaruhi kekuatan dan kualiti ummah . oleh itu sama2lah kita memahami & menghayati apakah rahsia yang terkandung di sebalik sejarah hijrah Rasulullah SAW.



Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat
Wawasan dunia dan Akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan Akhirat
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Suara Al-Firdaus
Umat Islam Sentiasa Boleh
p/s:
1) sama2lah kita menghayati sirah rasulullah SAW
2) kesempatan ini,tanamkanlah azam baru dalam diri kita

0 comments:

Post a Comment

 

About Me

"carilah kemanisan dalam perjuangan.perjuangan mengejar cinta dari Tuhan.Mehnah mendatang itulah ujian,jangan tersungkur walau terbeban,bawa hatimu kepada Tuhan,disana menanti syurga idaman."