
"Ukhwah"kalimah ini sering bermain2 di bibir kita.apakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan ukhwah??tanya diri kita sendiri.Setakat manakah kefahaman kita terhadap kalimah 'ukhwah".Di sini ana ingin menghadiahkan beberapa rangkap pantun yang tak seberapa untuk sahabat2.
Hitamnya gagak di pinggir sawah,
kota merlin tumbuhnya melati,
keikhlasan tunggak jalinan ukhwah,
ikatan terjalin mekar di hati.
Busana mewah disinari hiasan,
tumbuh cengkih di tengah kota,
jalinan ukhwah sesama insan,
membunga kasih mengelak sengketa.
Mekar melur dipinggir pusaran,
menyusun madah diterangi bulan,
persahabatan di hulur tanpa ukuran,
sifat mahmudah jadi amalan.
Cempaka rendah hiasi detik,
tegak seraya di tengah pekan,
manis madah ceria berputik,
sinarkah cahaya gerangan pancarkan?
pengajaran:Ukhwah dalam erti kata sebenar akan terjalin apabila bermatlamatkan redha Allah SWT serta diiringi keikhlasan dan kepercayaan.Apabila kita memahami kalimah ini, kita akan sedar betapa pentingnya ukhwah itu seterusnya ia akan melahirkan kasih sayang sesama kita kerana Allah SWT.
1 comments:
martabat/tingkat ukhwah yang paling bawah ialah salamatus shodri yakni berlapang dada..iautu berlapang dada tnpa ada sdikit pun rsa benci, xpuas hati dll..tp kita msh sbuk duk skit hti dgn org..xpyh bncg tntg pgorbanan la,kita ni sentiasa x mampu menguasai husnuzzhon..kita ni sudah berukhwah ke??salam muhasabah
Post a Comment